"Anda telah berjaya di tawarkan program Diploma Sains UiTM"
HAHA!! tak sangka tawaran yang pernah aku tolak dululah yang aku nak sangat sekarang. Aku tamatkan matrik dengan memuaskan. Haha! and make another big decision to tolak tawaran degree and datang UiTM Tapah untuk buat balik foundation science aku.
Tapi, untuk jangka masa yang lebih lama. 2 tahun setengah, than im going to be a diploma holder. Kemudian sambung degree, master , phd and so on. Haha, cita-2 tu penting gaiss!
UiTM Tapah ni, so far so good. Oklah, barukan. Haha! Roommates baru pon gila-2, sempoi je. Jiran-2 pun power. Alhamdulillah, Allah mudahkan aku dapat kawan-2 kat sini sama macam dekat matrik dulu. Terima kasih Allah!
UiTM Tapah ni, sangat baru. Actually banyak lagi yang belum bina. Pembinaan UiTM Tapah ni actually ada 7 phase. Waktu aku masuk ni, phase 2 baru siap. So yah! that its. Aku sebelum daftar ingatkan Tapah ni mungkin lebih majulah sikit dari changlun tapi indah kabar dari impian. UWAHAHA!! Think positive. Mungkin, UiTM nak student focus study so takde ke laut sangat.
UiTM Tapah cantik sangat, proud to be the earliest to embrace its beauty. BUT, ahaha, well every nicest dream must also have a nightmare, UiTM ni banyak gila lalat, Banyak nya tu macam takleh bawak berbincang. Baju yang baru basuh yang bau dia wangi nak nangis pon kekadang boleh ada lalat dok mengacau. Kekadang tu rasa ragu-2 gak dengan hygienism nye tu. Perh! ayat. Nyamuk, pulak takyah sembang lah. Haha! but its so key. I'll get use to it.
Baru lagikan.
Friday, 4 December 2015
HIKAYAT MENGEJAR CITA-CITA
TAWARAN DEGREE
Assalamualaikum, tanggal 1 september yang lalu, adalah hari
sepatutnya aku mendaftar dengan Universiti Teknikal Malaysia (UteM) dalam
degree in IT (games technology) di Melaka. Tapi, aku tak pegi
pon. Mesti pelik kan. Dah pehal hang ni! Takmau sambung degree ke?
Uish! Agak-2 lah, takkan taknak sambung. Impian and cita-2
aku ni sikitlah tinggi mengunung. Of cause I want a degree but I want to study
something that I will enjoy learning. I want a degree in something I passion
with. Degree yang ditawarkan dekat aku tu, it more to computer kinda things.
Aku bab-2 computer ni memang lah lebab sikit.
Ramai cakap dengan aku. Hidup zaman sekarang ni dah tak boleh
nak memilih sangat. Kalau dapat apa-2 pun, patut bersyukur dan move on je. Itu
pendapat orang. Ive nothing against its. Semua orang berhak memberi
pendapat. Namun, pendapat aku lain sikit dari orang kebanyakkan.
Bagi aku, degree is not something yang kita boleh main-2
rembat and masuk je. Kita kena ingat, after degree kita akan berkerja mengikut
kelayakkan kita. For example, ko minat gila bahagian sains kimia ni. Alih2 ko
sambung degree in network computer. Rasa-2 nanti kerja bahagian kimia ke? Dan bila
dah berkerja, u have to love your work.
Bayangkan ko stuck buat kerja yang ko tak suka sampai hari
tua ko. Ko tak happy dengan apa yang ko buat. Tapi sebab makan gaji, kerja lah
jugak. Pastu baru lah nak story kat anak cucu “jangan lah jadi cam atok mu ni,
atok nok sangat jadi ahli kimia, atok silap pilih cuuu.. pastu ken dah nyesar
sampei tuo ni haa”
Aku tak mau jadi camtu. Jadi aku ber-fikir2, aku sembang
dengan Allah mintak petunjuk, tanya pendapat ramai orang and many more. I want
to go slow. Aku ada buat rayuan dekat UiTM and USM. Tapi tak tau lah ada
feedback ke tak. Aku tawakal je. Janji usaha tu ada. And aku jugak ada apply
nak buat diploma balik melalui UiTM.
Memang ramai cakap, aku bazir masa. Tapi if diploma adalah
second chance aku nak baiki pointer aku ke lebih baik untuk melayakan aku masuk
Uni pilihan aku nanti untuk degree, aku rela bazirkan 2-3 tahun. Bukanlah aku
maksudkan result matrik aku tu teruk tahap gaban, ok je. Tapi jika nak
berbekalkan result aku tu actually aku memang takkan boleh nak sambung course
degree yang aku nak.
Aku akan dapat course macam computing ni sbb sains computer aku A. I have nothing
against any course but at least I want to learn something that I love.
Something yang betul-2 menarik minat aku. Aku pon taknak lah nanti sambung
degree course yang aku tak suka, nanti belajar pun main-2 je. Tak score pon
bila exam. Alih-2 tak laku juga degree tu bila dah jadi kes cam gitu.
Jadi inilah kisah nya, seronok tengok kawan-2 matrik semua
sambung study. Takpe lah, mungkin rezeki aku lambat sikit berbanding orang lain
dan pengalaman aku pon mungkin lebih banyak bila aku go slow. Mak cakap ini
semua adalah pengalaman hidup yang tak boleh di beli. I believe that Allah
knows the best. Rezeki di tangan Allah. Lambat ke cepat ke, tu dah ketentuan.
Doakan yang terbaik je. Doakan aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)