Sunday, 2 August 2015

PENSYARAH MISTERI, SIR A

Cerita ni berlaku waktu aku belajar di matrik kedah. Aku kenali pensyarah misteri ni dari En. Ghani, lecturer koku aku waktu di sem-1. Memula tu sesi sembang2 pasal diri than en. Ghani start cerita tentang lecturer-2 yang power dekat matrik yang boleh kami rujuk. Antara yang menarik perhatian aku adalah bila En. Ghani mantion Sir A.

Alkisahnya di katakan Sir A hebat ilmu ber-biology nya tu memang lebih power dari power rangers. En. Ghani siap rekomen kan lagi supaya pergi extra class a.k.a open lecture yang Sir A ni anjurkan. Memula tu memang aku macam, “Eleh takde benda arr. Biology je kott, subject yang paling aku power. Takyah bazir masa nak gi kelas SirA ni.” RIAK NAUW aku ni haa.

Alih-2 aku dapat lecture yang tak berapa nak ngam dengan otak aku, asal masuk lecture je tak paham, asal masuk je nak tido. Hah, sudah! Memula tu aku macam takpe chill lu! Tutorial ada boleh cover, tup-2 ke laut jugak aku pun. 

Hihii, biasalah cara pengajaran macam untuk budak-2 SBP je. Aku ni budak sekolah biasa je haa. Waduh-2, aku dah mula risau, takut takleh perform well dalam Biology. Dah lar subject yang aku suka pulak kan.

At last, ada kenalan aku gtau yang dia kena pergi extra class Sir A ni, wajibun katanya untuk semua student tutorial Sir A. Aku pun apa lagi cuba gak nyebok nak join even dengar banyak cerita-2 ngeri yang Sir A ni sangat-2 garang and scary.

 Apa yang membuatkan Sir A ni lebih menakutkan ialah dia sentiasa pakai face mask. Mask yang saya maksudkan bukan mask yang letak kat muka 15 minit pastu ting! Waalah muka cap-2 cus macam nora danish tu okey! Jangan buat lawak! Mask yang macam doktor selalu pakai tu haa.

Sangat misteri!! dan di sebabkann itu lah membuat kan ramai orang intrested pasal SrA ni, gosip dan berita pasal SirA amat-2 mendapat sambutan di kalangan student termasuk lah aku. Tambah-2 pulak kalau cerita pasal kenapa SirA pakai mask. Curious kot, when and why he become like that.

 Aku jugak antara student luar pertama yang tak tau malu mintak extra quiz sheet yang dia nak bagi kat student dia. Haha! Apa yang membuatkan aku melekat dengan kelas SirA ialah antaranya suara dia. Aceh man! Suara dia tak merdu macam Anuar Zain tapi kuat sampai aku rasa macam boleh pecah speaker kat lecture hall tu. Sangat refreshing, nak mengantuk pun payah.

Result aku waktu midterm tak berapa elok sangat, tapi lepas aku pulun masok kelas SirA, Alhamdulillah its went smoothly. Penat lelah aku payoff jugak lar gi kelas SirA lepas maghrib sampai tengah malam pun pernah.

 Aku siap pernah kena tegur lagi waktu dalam lecture dia sebab aku letak kepala atas meja jap nak lelap mata. “ tolong tampar kawan-2 awak yang letak kepala dia atas meja tu, jangan kasi dia tidur” even SirA tak pandang, tapi aku tau dia maksudkan aku tu. Haha! Orang yang pandai macam aku je yang berani tidur selang 2 baris meja dari lecturer nya.

SirA bagi pendapat aku dia tegas bukan garang seperti yang di omok-2 kan budak tutorial dia. Cara mengajar dia sangat ikhlas aku rasa. Aku tak maksudkan lecturer lain tak ikhlas ok! Cuma u just know it when u feel it, ambui ayat guek! SirA buat aku terkenang cikgu-2 zaman sekolah and I love how he showed his determination towards his student. SirA full with carisma dengan mask dia tu bila jalan je perh naik takut aku nak kasi salam.

Sem2 pun aku takde rezeki nak dapat SirA untuk kasi lecture Biology bagi kuliah aku, K1S3. SirA dapat kuliah budak-2 modul 1. Tapi, aku tak kesah pun, dengan berbekalkan perasaan tak malu aku ni, selamber je aku join extra class dia yang dikatakan hanya khas untuk student lecture SirA sahaja memandangkan Dewan Kuliah besar tak dapat tampung student yang ramai. Tapi, ada aku kesah.

Sem2 ni jugak lah gempar dengan gosip baru yang mula tersebar ke seluruh pelusuk KMK. Jengjengjeng!! Sir dah tak pakai mask haa! Time tu semua orang nak tengok muka Sir. Masih ingat lagi aku orang semua ber-pusu2 mengendap SirA dari pintu belakang DKB. Haha! Bagi aku Sir masih orang yang sama even without mask. Tu je yang penting!

Aku pernah ponteng kelas English aku setiap pagi Ahad di akhir2 sem2 just to join kuliah SirA kutt. Adik-2 jangan ikut contoh tak baik ini ye. Aku main belasah je masuk kuliah orang and act like im part of it. Hohohoo!! Alhamdulillah, aku dapat result yang baik tapi tak lah gempak mana pun. Alhamdulillah syukur sangat sebab semangat SirA terus membakar minat aku dalam bidang Biology.

Tapi, serious talk here is, SirA banyak inspired aku. If boleh, aku nak jadi macam dia, sentiasa bersemangat nak ajar anak-2 didik dia. He always have a solid target in his head. Aku jugak nak jadi orang yang ber-carisma macam SirA. Stylo kot!

 Stylo di sini takde kena mengena dengan fashion Wak Doyok or apa-2 ye anak-2 sekalian. Apa yang saya maksudkan personaliti dia. Bila SirA bukak mask dia baru aku perasan SirA ni orang nya suka tersenyum, baik hati dan agak pemalu. Bukan nya watak yang garang dan menakutkan seperti dulu.

P/s : FYI SirA tak pernah cakap dekat student lain, jangan datang extra class dia, so to the future student2 SirA jangan nak kedekut sangat k nak share ilmu. Aku and kekawan selalu kena jelingan maut sebab diorang rasa kiteorang ni intruders. Sodeh!

Dear SirA,

THANKS FOR ALL THE KNOWLEADGE THAT YOU ARE WILLING TO SHARE EVEN IM NOT YOUR STUDENT. THANKS FOR ALWAYS HAVE HOPE IN YOUR STUDENT AND NOT GIVING UP EVEN THEY LET YOU DOWN. YOU REALLY INSPIRED ME TO BECOME A GOOD PERSON.

From, The KitKat Girl,

Proud Lemon