Cerita ni berlaku waktu aku belajar di
matrik kedah. Aku kenali pensyarah misteri ni dari En. Ghani, lecturer koku aku waktu di
sem-1. Memula tu sesi sembang2 pasal diri than en. Ghani start cerita
tentang lecturer-2 yang power dekat matrik yang boleh kami rujuk. Antara yang menarik perhatian aku
adalah bila En. Ghani mantion Sir A.
Alkisahnya di katakan Sir A hebat ilmu ber-biology nya
tu memang lebih power dari power rangers. En. Ghani siap rekomen kan
lagi supaya pergi extra class a.k.a open lecture yang Sir A ni
anjurkan. Memula tu memang aku macam, “Eleh takde benda arr.
Biology je kott, subject yang paling aku power. Takyah bazir masa nak
gi kelas SirA ni.” RIAK NAUW aku ni haa.
Alih-2 aku dapat lecture yang tak
berapa nak ngam dengan otak aku, asal masuk lecture je tak paham,
asal masuk je nak tido. Hah, sudah! Memula tu aku macam takpe chill
lu! Tutorial ada boleh cover, tup-2 ke laut jugak aku pun.
Hihii,
biasalah cara pengajaran macam untuk budak-2 SBP je. Aku ni budak sekolah biasa je
haa. Waduh-2, aku dah mula risau, takut takleh perform well dalam
Biology. Dah lar subject yang aku suka pulak kan.
At last, ada kenalan aku gtau
yang dia kena pergi extra class Sir A ni, wajibun katanya untuk semua
student tutorial Sir A. Aku pun apa lagi cuba gak nyebok nak join
even dengar banyak cerita-2 ngeri yang Sir A ni sangat-2 garang and
scary.
Apa yang membuatkan Sir A ni lebih menakutkan ialah dia
sentiasa pakai face mask. Mask yang saya maksudkan bukan mask yang
letak kat muka 15 minit pastu ting! Waalah muka cap-2 cus macam nora
danish tu okey! Jangan buat lawak! Mask yang macam doktor selalu
pakai tu haa.
Sangat misteri!! dan di sebabkann itu lah membuat kan ramai orang intrested pasal SrA ni,
gosip dan berita pasal SirA amat-2 mendapat sambutan di kalangan
student termasuk lah aku. Tambah-2 pulak kalau cerita pasal kenapa
SirA pakai mask. Curious kot, when and why he become like that.
Aku
jugak antara student luar pertama yang tak tau malu mintak extra quiz
sheet yang dia nak bagi kat student dia. Haha! Apa yang membuatkan
aku melekat dengan kelas SirA ialah antaranya suara dia. Aceh man!
Suara dia tak merdu macam Anuar Zain tapi kuat sampai aku rasa macam
boleh pecah speaker kat lecture hall tu. Sangat refreshing, nak
mengantuk pun payah.
Result aku waktu midterm tak berapa
elok sangat, tapi lepas aku pulun masok kelas SirA, Alhamdulillah its
went smoothly. Penat lelah aku payoff jugak lar gi kelas SirA lepas
maghrib sampai tengah malam pun pernah.
Aku siap pernah kena tegur
lagi waktu dalam lecture dia sebab aku letak kepala atas meja jap nak
lelap mata. “ tolong tampar kawan-2 awak yang letak kepala dia atas
meja tu, jangan kasi dia tidur” even SirA tak pandang, tapi aku tau
dia maksudkan aku tu. Haha! Orang yang pandai macam aku je yang
berani tidur selang 2 baris meja dari lecturer nya.
SirA bagi pendapat aku dia tegas bukan
garang seperti yang di omok-2 kan budak tutorial dia. Cara mengajar
dia sangat ikhlas aku rasa. Aku tak maksudkan lecturer lain tak
ikhlas ok! Cuma u just know it when u feel it, ambui ayat guek! SirA
buat aku terkenang cikgu-2 zaman sekolah and I love how he showed his
determination towards his student. SirA full with carisma dengan mask
dia tu bila jalan je perh naik takut aku nak kasi salam.
Sem2 pun aku takde rezeki nak dapat
SirA untuk kasi lecture Biology bagi kuliah aku, K1S3. SirA dapat
kuliah budak-2 modul 1. Tapi, aku tak kesah pun, dengan berbekalkan
perasaan tak malu aku ni, selamber je aku join extra class dia yang
dikatakan hanya khas untuk student lecture SirA sahaja memandangkan
Dewan Kuliah besar tak dapat tampung student yang ramai. Tapi, ada
aku kesah.
Sem2 ni jugak lah gempar dengan gosip
baru yang mula tersebar ke seluruh pelusuk KMK. Jengjengjeng!! Sir
dah tak pakai mask haa! Time tu semua orang nak tengok muka Sir.
Masih ingat lagi aku orang semua ber-pusu2 mengendap SirA dari pintu
belakang DKB. Haha! Bagi aku Sir masih orang yang sama even without
mask. Tu je yang penting!
Aku pernah ponteng kelas English aku
setiap pagi Ahad di akhir2 sem2 just to join kuliah SirA kutt.
Adik-2 jangan ikut contoh tak baik ini ye. Aku main belasah je masuk
kuliah orang and act like im part of it. Hohohoo!! Alhamdulillah, aku
dapat result yang baik tapi tak lah gempak mana pun. Alhamdulillah
syukur sangat sebab semangat SirA terus membakar minat aku dalam
bidang Biology.
Tapi, serious talk here is, SirA banyak
inspired aku. If boleh, aku nak jadi macam dia, sentiasa bersemangat
nak ajar anak-2 didik dia. He always have a solid target in his head.
Aku jugak nak jadi orang yang ber-carisma macam SirA. Stylo kot!
Stylo di sini takde kena mengena dengan fashion Wak Doyok or apa-2 ye
anak-2 sekalian. Apa yang saya maksudkan personaliti dia. Bila SirA
bukak mask dia baru aku perasan SirA ni orang nya suka tersenyum,
baik hati dan agak pemalu. Bukan nya watak yang garang dan menakutkan
seperti dulu.
P/s : FYI SirA tak pernah cakap dekat student lain, jangan datang extra class dia, so
to the future student2 SirA jangan nak kedekut sangat k nak share
ilmu. Aku and kekawan selalu kena jelingan maut sebab diorang rasa
kiteorang ni intruders. Sodeh!
Dear SirA,
THANKS FOR ALL THE KNOWLEADGE THAT YOU
ARE WILLING TO SHARE EVEN IM NOT YOUR STUDENT. THANKS FOR ALWAYS HAVE
HOPE IN YOUR STUDENT AND NOT GIVING UP EVEN THEY LET YOU DOWN. YOU
REALLY INSPIRED ME TO BECOME A GOOD PERSON.
From, The KitKat Girl,
Proud Lemon
No comments:
Post a Comment